Social
154
0

Suami isteri positif dadah ditahan ambang tahun baharu

Ipoh – Sepasang suami isteri antara lima individu ditahan kerana disyaki positif dadah dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2021 di Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Pasangan berusia 20 dan 19 tahun itu ditahan selepas saringan dibuat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen bermula 8 malam.

Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata selain seorang wanita dan empat lelaki berkenaan, seramai tujuh warga asing turut ditahan Jabatan Imigresen kerana dipercayai tinggal lebih masa dan tiada dokumen sah. Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun.

“JPJ pula mengesan 305 kesalahan daripada 800 kenderaan yang diperiksa dalam operasi selama lebih empat jam di tiga laluan di kawasan ini,” katanya pada sidang media operasi berkenaan di sini malam tadi.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikesan pihaknya termasuklah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap dan pemasangan lampu kenderaan High Intensity Discharged (HID) pada kenderaan yang mampu mengundang bahaya dan ancaman keselamatan kepada orang lain.

“Kami turut menyita 12 motosikal dan tiga kereta dalam operasi ini,” katanya.

Katanya individu yang ditahan kerana disyaki positif dadah dibawa ke Ibu Pejabat AADK Perak manakala warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Ipoh sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Langkap untuk tindakan lanjut. ― Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu