Nation
293
0

Sultan Ibrahim ingatkan rakyat waspada, jangan ambil mudah kluster baharu

Johor Bahru – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengingatkan agar rakyat di negeri itu, untuk sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah terutama dengan peningkatan kluster baharu COVID-19 yang dikesan di Johor.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Johor baginda bertitah, masyarakat perlu terus mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Titah Sultan Ibrahim, antara langkah pencegahan yang perlu sentiasa diamalkan rakyat dalam memutuskan rantaian wabak itu termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membasuh tangan dengan kerap, selain menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Pada masa sama, masyarakat diingatkan supaya mengelakkan daripada menganjurkan sebarang majlis yang boleh mengundang kepada orang ramai berkumpul (di sesuatu tempat), berikutan dikhuatiri terdedah kepada risiko (dijangkiti). (Oleh itu) janganlah leka atau memandang ringan akan penularan wabak berkenaan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah kegagalan mematuhi SOP akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes, seterusnya menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat.

“Masyarakat juga perlu saling menjaga kesihatan anggota keluarga dengan mengamalkan SOP serta bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya jangkitan,” titah Baginda.

Baginda bertitah penularan wabak COVID-19 ini merupakan ujian daripada Allah kepada hambaNya di muka bumi ini, namun setiap ujian yang melanda pasti mempunyai hikmah tersendiri. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu