Social
179
0

Suspek kes gaduh positif Covid-19, 109 anggota polis jalani kuarantin

Kuching – Sebanyak 109 pegawai dan anggota polis dari tiga balai polis di sini telah menjalani saringan Covid-19 dan dikuarantin selepas dua daripada suspek kes pergaduhan yang ditangkap dalam satu operasi didapati positif wabak itu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata petugas yang terlibat adalah dari Balai Polis Gita, Sekama dan Tabuan terdiri daripada 10 pegawai dan 99 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, polis pengiring dan warden lokap.

“Dua suspek yang positif Covid-19 itu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan. Seorang lagi suspek yang mempunyai simptom akan menjalani ujian saringan kedua manakala enam lagi suspek yang negatif kini dikuarantin di dalam lokap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut beliau, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) mengkategorikan pegawai dan anggota terbabit sebagai kontak rapat kepada kedua-dua pesakit Covid-19 yang disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di Jalan Green di sini, Ahad lepas.

Kesemua suspek kes berkenaan yang berusia antara 20 dan 35 tahun itu berjaya diberkas pada hari berikutnya di beberapa tempat di bandar raya ini dan menjalani saringan Covid-19 semasa dalam tahanan polis. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu