Nation
142
0

Tajuddin pula positif COVID-19

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan di Facebook beliau pagi ini, Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu memberitahu menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya, eloklah melakukan ujian saringan COVID-19.

“Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” jelas kenyataan itu.

Tajuddin menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang turut disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kedua-dua mereka hadir satu majlis sidang media oleh Nazri, pada 11 Januari lalu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beberapa ahli politik termasuk menteri Kabinet juga sebelum ini disahkan positif COVID-19 san sedang menjalani kuarantin.

Ini termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Nazri. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu