Social
137
0

Tanah runtuh: Lokasi runtuhan belum selamat

Ipoh – Lokasi kejadian tanah runtuh di sebuah resort peranginan di Tambun di sini yang terjadi awal pagi tadi masih tidak selamat dengan pergerakan tanah dikesan masih berlaku, kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Perak Datuk Ahmad Zukni Ahmad.

Beliau berkata pihaknya sedang memantau rapi perkembangan itu dan akan membuat penilaian sebelum mengemukakan cadangan bagi menstabilkan struktur cerun.

“Keadaan baru berlaku awal pagi tadi, ditambah dengan faktor cuaca hujan, jadi dalam tempoh dua ke tiga hari ini keadaan tidak selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

Kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan penyelamat yang bekerja keras mengesan mayat kedua-dua mangsa sejak kira-kira 1.45 pagi tadi, katanya dalam kenyataan.

Pasukan penyelamat menemukan mayat pertama, seorang lelaki, pada 9.55 pagi disusuli penemuan mayat seorang wanita beberapa minit kemudian di dalam jakuzi di sebuah unit di resort berkenaan. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu