Nation
104
0

Tengku Zafrul bawa teks Belanjawan 2021 untuk pembentangan

Putrajaya – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membawa beg berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada jam 2.35 petang.

Beg yang diisi teks Belanjawan 2021 itu menarik perhatian umum kerana ia tidak menggunakan beg bimbit berwarna hitam yang menjadi tradisi, sebaliknya beg sampul berwarna kelabu.

Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah, bagi mendapatkan keberkatan.

Tengku Zafrul dilihat berpakaian baju Melayu lengkap bersamping diiringi Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Tengku Zafrul dijadual membentangkan Belanjawan 2021 yang dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini.

Ditanya perasaannya yang pertama kali membentangkan belanjawan tahunan negara, Tengku Zafrul sempat menjawab “okay” sebelum memasuki kereta.

Belanjawan 2021 adalah yang pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini.

Belanjawan ini dinanti-nantikan rakyat dan disifatkan paling penting dan mencabar ekoran penularan COVID-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat serta ekonomi negara.

Ia diharap memastikan kelangsungan ekonomi negara dan hidup rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu