Nation
301
0

Thaipusam: Hanya petugas dibenarkan bawa patung Dewa Murugan – Annuar Musa

Kuala Lumpur – Tiada sebarang perarakan yang dibenarkan ketika proses membawa patung Dewa Murugan di ibu negara, sempena sambutan Thaipusam minggu depan kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Sebaliknya, jelas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan, sewaktu membawa patung itu dari Kuil Sri Subramaniam Swamy Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Jalan Tun HS Lee dan seterusnya, kembali semula ke Batu Caves.
“Tiada perarakan dibenarkan. Cuma kebenaran pergerakan membawa Patung Dewa Murugan ke Batu Cave tanpa apa-apa perarakan..dan membawanya balik semula selepas hari perayaan.
“Garis panduan telah diberikan dan akan dikuatkuasakan,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Twitter beliau hari ini.
Sebelum ini, agensi Bernama melaporkan Annuar sebagai berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan pergerakan pedati (chariot passage) yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.
Beliau berkata pergerakan pedati dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Jan, dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan.
Namun ujarnya lagi, ia perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Syaratnya, ‘Chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya lagi. – Astro Awani

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu