Social
150
0

Tiga maut kemalangan

GOPENG – Tiga termasuk dua budak lelaki maut kemalangan membabitkan treler di Jalan Lama Kota Bharu, di sini, jam 10 malam tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti adalah lelaki dewasa dalam lingkungan usia 30-an dan dua budak berusia antara enam dan lapan tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng mendapat laporan kejadian itu jam 10.28 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler membawa muatan simen terbabas di bahu jalan menyebabkan tiga orang mangsa tersepit.

“Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan treler yang terbalik,” katanya dalam satu kenyataan di sini awal pagi ini

Katanya, operasi berkenaan turut menerima bantuan daripada anggota dari BBP Kampar.

“Bantuan daripada jentera berat iaitu kren, jentolak dan ‘excavator’ berada di lokasi kejadian serta dibantu oleh agensi lain polis, kesihatan dan pihak Tenaga Nasional Berhad.

“Keseluruhan operasi tamat pada jam 2.19 pagi,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu