Nation
277
0

“Total lockdown” tak perlu pada masa ini – Menteri

Kuala Lumpur – “Total lockdown” atau sekat keluar masuk secara menyeluruh tidak perlu dilaksanakan pada masa ini, namun masih boleh dipertimbangkan bagi menangani penularan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata Malaysia kini dalam peringkat pemulihan dan melaksanakan langkah dasar keluar menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara berhati-hati dengan pembukaan berperingkat hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial berpandukan prosedur operasi standard (SOP).

“Mekanisme pengurusan krisis negara yang telah dilaksanakan ini telah berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengelakkan fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban dengan jumlah kes yang terlalu tinggi,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) berhubung mengapakah kerajaan sehingga kini tidak melaksanakan sekat keluar masuk memandangkan berlakunya peningkatan kes COVID-19.

Mohd Redzuan berkata sekiranya sekat kelaur masuk secara menyeluruh dibuat, ia akan memberi kesan negatif termasuk terhadap kesihatan mental dan ekonomi.

“Kerajaan seharusnya membuat kawalan yang seimbang melalui keadah pencegahan yang terbaik iaitu dengan membudaya dan mengamalkan normal baharu kehidupan seperti penjarakan sosial dan pematuhan kepada kawalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan dan menjaga kesihatan diri sendiri,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Shahidan mengenai sama ada kerajaan akan mengkuarantin Ahli Parlimen yang pulang ke kawasan masing-masing khususnya di Zon Merah ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung, Mohd Redzuan berkata Parlimen telah menetapkan kesemua mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 setiap dua minggu serta mengikuti SOP yang ditetapkan. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu