Nation
803
0

Tunggu penjelasan pihak berkuasa agama – Dr Zulkifli

Kuala Lumpur – Semua pihak diminta bersabar dan menunggu penjelasan daripada pihak berkuasa agama negeri di Johor, mengenai isu perkahwinan seorang wanita Malaysia Muslim dengan pemain hoki India kerana perkara itu kini dalam siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata beliau yakin sebarang bentuk kemelut boleh diselesai dengan hikmah dan bijaksana, kerana Islam menuntut umatnya mengesahkan sesuatu maklumat diperoleh sebelum sebarang pandangan dan tanggapan dibuat.

“Tangkap layar (screenshot), rakaman video atau hantaran (posting) di media sosial adalah maklumat sekunder dan tertier, yang ada kemungkinan sahih atau tidak. Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku, termasuk perkara terkait dengan status agamanya dan pasangannya,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Justeru, beliau menasihati semua pihak mengelak melakukan sebarang tindakan yang boleh membawa kepada syubhah seperti sangkaan tidak baik kepada orang ramai dan tindakan mempolitikkan isu sensitiviti agama adalah perbuatan yang tidak matang dan tidak menguntungkan agama.

Zulkifli dalam kenyataan sama turut menjunjung titah nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar semua pihak tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pramatang dalam berita yang disebarkan. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu