Nation
98
0

Uggah gesa pihak berkuasa siasat majikan bawa masuk pendatang tanpa izin

Kuching – Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap majikan yang membawa masuk pendatang tanpa izin untuk bekerja di Sarawak, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan kesihatan rakyat Sarawak terutama dalam situasi negeri itu yang masih berdepan ancaman pandemik Covid-19.

“Misalnya kes di Sibu di mana empat pendatang asing yang didapati positif. Semasa masuk ke Sarawak mereka menggunakan jalan Tebedu (sempadan Malaysia-Indonesia), pasti mereka menggunakan kenderaan awam seperti bas dan ini boleh menyebabkan jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang media harian JPBN di sini semalam.

Uggah berkata, JPBN Sarawak juga mengisytiharkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Sayap yang melibatkan daerah Miri dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Indeks kes kepada kluster itu ialah kes 1,116 yang telah dikesan pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu yang bergejala di sebuah hospital swasta di bandaraya Miri.

“Jumlah kes positif melibatkan kluster ini setakat hari ini (semalam) adalah seramai lima orang termasuk kes indeks dengan penambahan satu kes. Sejumlah 48 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif Covid-19 (satu kes baharu), 41 individu negatif dan dua individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Tegas beliau, rakyat Sarawak tidak boleh leka dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan memastikan negeri ini terus berstatus hijau walaupun ada beberapa kawasan berada dalam zon jingga.

Sebanyak 13 kes positif Covid-19 yang direkodkan semalam iaitu masing-masing lima kes di Kuching dan Miri, Bintulu (dua kes) dan Pusa (satu kes). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak meningkat kepada 1,161 kes. — Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu