Nation
184
0

Umno Perak tuntut lima kerusi wakil rakyat lompat parti

Taiping –  Umno Perak tidak akan berkompromi dan menyerahkan lima kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu untuk ditandingi parti lain pada PRU15.

Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata ini kerana kesemua kerusi terbabit diperuntukkan kepada Umno, namun wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti itu selepas PRU14 dan menyertai parti lain.

Umno Perak tegas dalam soal ini, katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Larut di sini, semalam.

Lima kerusi berkenaan ialah tiga kawasan Parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Tualang Sekah dan Sungai Manik.

Sementara itu, Saarani yang juga Menteri Besar Perak mahu Umno negeri tersebut sentiasa berada dalam mod pilihan raya.

Ini kerana katanya gerakan mengasak keabsahan kerajaan Perikatan Nasional akan berterusan dan satu-satunya cara untuk memastikan kestabilan ialah menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih.

“Mahu tidak mahu, kita perlu bersedia.

“Meskipun pandemik Covid-19 tidak memungkinkan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, namun kita tidak boleh membiarkan diri kita terperangkap dalam ketidaktentuan ini.

“Umno di setiap peringkat perlu sentiasa diletakkan dalam mod pilihan raya,” katanya.  — Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu