Social
155
0

Ustaz cabul kanak-kanak dipenjara 6 tahun

Kemaman – Seorang guru mengaji dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tertuduh yang berusia 33 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada dua anak itu menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh tahanan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah bersama isterinya dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja hukuman dibacakan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah membenarkan permohonan peguambela, Akmal Wahidah Abd. Halim untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi dengan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan menyebabkan kanak-kanak itu memegang alat sulitnya.

Kejadian itu didakwa dilakukan antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang di rumahnya di Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili di sini pada 2 Februari 2018.

Mangsa yang dihantar ke rumah tertuduh untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran bagaimanapun mengadu kepada ibunya mengenai kejadian tersebut. – Utusan

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu