Nation
256
0

Vaksin Pfizer/BioNTech selamat – FDA

Washington –  Enam kematian dalam ujian percubaan vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech, tidak dikaitkan dengan penggunaan vaksin berkenaan.

Politico melaporkan ia berdasarkan laporan fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 berkenaan yang dikemukakan untuk analisis Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bagi permohonan kebenaran penggunaan kecemasan.

Menurut data dalam laporan berkenaan, dua individu yang menerima vaksin itu ketika tempoh percubaan, meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo.

Bagaimanapun, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Dalam laporan setebal 53 muka surat yang dikeluarkan pada Rabu itu, vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19.

Ia menunjukkan bahawa vaksin berkenaan mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus, sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.

Data juga menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan pada tahap 52 peratus selepas dos pertama.

Sehubungan itu, laporan itu merumuskan keberkesanan data memenuhi jangkaan FDA bagi kebenaran kegunaan kecemasan.

Setakat ini, United Kingdom menjadi negara pertama yang sudah meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin Pfizer/BioNTech Covid-19. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu