Social
325
0

Wanita maut dicekik suami

Kota Bahru – Seorang wanita Orang Asli ditemukan mati selepas dipercayai dicekik suaminya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke, Gua Musang, hari Isnin.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, ketika dihubungi, berkata sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak dekat dengan Tanah Tinggi Lojing, sejurus mendapat maklumat daripada adik mangsa.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka yang terletak di kawasan pedalaman kampung itu.

“Siasatan awal polis mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suaminya menyebabkan lelaki itu mencekik isterinya dan mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Shafien, polis telah menahan suami mangsa berusia 40 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu