Social
94
0

Wanita tergamak lacur anak demi dadah

Medan – Seorang wanita tergamak melacurkan anak perempuannya sendiri pada harga hanya 350,000 rupiah (kira-kira RM100) demi mendapatkan wang membeli dadah.

Wanita berusia 42 tahun itu menyasarkan lelaki hidung belang sebagai pelanggan yang mahu melanggan anak gadisnya yang berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Sumut, Nainggolan berkata, pihaknya menjalankan risikan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan wanita terbabit.

“Daripada maklumat yang diterima polis kemudian menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki dua beranak ini,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Katanya, hasil risikan kemudian membawa kepada serbuan di sebuah hotel di Jalan Dahlia di daerah Medan Tembung, Sabtu lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui mangsa yang berada di dalam sebuah bilik bersama pelanggannya.

Ibu kepada remaja itu pula ditahan polis ketika sedang menunggu di lobi hotel sama.

Suspek mengakui menjadikan anaknya pekerja seks untuk mencari wang bagi menampung hidup selain untuk membeli dadah.

Malah, wanita terbabit mengakui sudah melakukan perbuatan itu sejak setahun yang lalu.

“Suspek mengambil semua wang berkenaan untuk digunakan membeli barang keperluan harian selain melayan ketagihan dadahnya,” katanya.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu