Social
737
0

Wanita trauma dirogol, diliwat rakan

Johor Bahru – Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid berkata, kejadian berkenaan berlaku jam 4 pagi selepas mangsa dibawa ke rumah rakannya itu.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa.

“Selepas mangsa dibawa ke rumah dua temannya itu, mangsa dipercayai dirogol, diliwat dan dicederakan seorang suspek lelaki yang juga kawan kepada dua suspek wanita berkenaan.

“Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan. Bagaimanapun, kesemua suspek masing-masing berjaya ditahan pada hari kejadian dan keesokannya selepas mangsa membuat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Rufeah berkata, ketiga-tiga suspek akan didakwa esok pagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

“Enam pertuduhan akan dikenakan terhadap suspek lelaki dan dua wanita berkenaan membabitkan kesalahan merogol, meliwat, mencederakan, memeras ugut, membuat laporan palsu dan gagal menunjukkan pengenalan diri,” katanya. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu