Social
475

10 ditahan kes gaduh di PPR Kempas

Johor Bahru – Polis menahan 10 individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata kesemua suspek berusia lingkungan 12 hingga 45 ditahan pada 6.45 petang susulan laporan orang awam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan lapang di PPR berkenaan membabitkan dua keluarga berpunca masalah peribadi.

Menurutnya, kejadian itu dirakam oleh seorang individu tidak dikenali dan ditular di media sosial.

Katanya, kesemua suspek diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kompaun dikeluarkan kepada kesemua suspek mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

“Pergaduhan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Rupiah berkata, dengan tertangkapnya suspek, maka kes berkenaan selesai.

“Polis menasihati orang awam supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sebarang kejadian jenayah hendaklah dilaporkan ke balai yang berhampiran,” katanya.

Video berdurasi dua minit tujuh saat menunjukkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan lapang di PPR terbabit sebelum berlaku pergaduhan. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu