Nation
248

10 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sepuluh lokaliti melibatkan Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 15 Ogos hingga 28 Ogos, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini berkata lokaliti yang dikenakan PKPD di Pahang ialah Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands manakala baki sembilan lokaliti adalah di Sabah.

“Lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD itu ialah Kampung Pulutan, Manggatal; Kampung Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric di Kota Kinabalu; Kampung Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat di Beaufort.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Rancangan Kalabakan; Kampung Mangaris 2, Kota Marudu; Kampung Contoh, Putatan dan Lorong Mat Salleh Batu 2, Jalan Apas di Tawau,” katanya.

Menurut Hishammuddin, pelanjutan PKPD dilaksanakan di Kampung Siansai Dundau dan Kampung Tempasuk 1, Kota Belud; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Tawau; Kampung Sembulan Tengah dan Lama, Kota Kinabalu di Sabah bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos.

Beliau turut mengumumkan penamatan PKPD bagi 21 lokaliti di Sabah dan Pahang berkuat kuasa esok.

Di Sabah, lokaliti yang terlibat ialah Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas dan Taman Berjaya di Tawau; Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan serta Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau di Keningau, katanya.

Selain itu, lokaliti di Sabah yang turut ditamatkan PKPD adalah Kampung Seri Aman, Taman Orkid, Kampung Damaran Banggi di Kudat; Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati di Sandakan; Taman Sempelang, Kota Kinabalu; Kampung Tengah Padang, Putatan; serta Kampung Babagon di Penampang.

Menurut kenyataan itu, lokaliti di Pahang yang ditamatkan PKPD pula adalah Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab di Temerloh dan Pos Iskandar di Bera.

Mengenai tindakan terhadap pihak yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, beliau berkata, 48 premis diarahkan tutup serta-merta dan 208 individu dikompaun manakala 16 direman, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu