Social
267

11 individu ditahan susulan penemuan mayat dengan kesan tetakan

Kuala Lumpur – Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata Mahkamah Petaling Jaya hari ini membenarkan kesemua suspek, yang terdiri daripada sembilan warga tempatan dan dua warga asing, ditahan reman selama lima hari.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

“Senjata dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” menurutnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Media melaporkan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun dijumpai dengan kesan tetakan di bahagian kepala, rusuk kanan, belakang badan dan kedua-dua lengan di bilik sewa pada kira-kira 6.13 petang Jumaat, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu