Nation
163

11 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sebanyak 10 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 9 Sept manakala satu lokaliti di Johor iaitu Kampung Orang Asli Kuala Masai di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok hingga 8 Sept.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD di Sabah melibatkan tiga lokaliti di Telupid iaitu Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia, dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan serta dua lokaliti di Ranau iaitu Kampung Lohan Ulu dan Kampung Libang.

“Lokaliti lain di Sabah ialah Rancangan Batu 22 Apas di Tawau, Kampung Landung Ayang di Kudat serta Kampung Pengalat Kecil di Papar manakala lokaliti di Pahang pula melibatkan Ladang Cheekah di Bera,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata lapan lokaliti PKPD di Sabah yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 9 Sept termasuk enam di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

Dua lagi lokaliti yang dilanjutkan PKPD melibatkan daerah Tawau ialah Kampung Bergosong di Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8.

PKPD di tiga Perkampungan Orang Asli di Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan pula ditamatkan mulai esok seperti dijadualkan, melibatkan Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang dan Kampung Sendrop.

Turut ditamatkan PKPD esok seperti dijadualkan ialah 12 lokaliti di Sabah iaitu tiga di Tuaran (Kampung Bolong Baru, Kampung Sungai Damit dan Kampung Simpangan) manakala dua lagi di Kinabatangan (Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1).

Lokaliti lain di Sabah yang ditamatkan pelaksanaan PKPD esok ialah Kampung Lahat-Lahat di Pulau Sebatik, Tawau; Kampung Kongsi 8, Tawau; dua Perumahan Ladang di Beluran iaitu Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Boustead Trunkline; Kampung Kayu Madang, Telipok di Kota Kinabalu, Kampung Batition di Kota Marudu serta Kampung Sunsuron di Tambunan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu