Nation
247

12 lagi kakitangan HSAH positif Covid-19

Alor Setar – Seramai 12 lagi kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dekat sini disahkan positif Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan di hospital itu sebanyak 42 kes sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.

Kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor dan jururawat itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

“Kita belum dapat sahkan sama ada mereka ini dijangkiti virus membabitkan varian Delta, varian Beta atau varian lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rabu lepas, kerajaan Kedah dalam satu kenyataan menafikan hospital itu ditutup dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak dalam kalangan kakitangannya.

Kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman itu sebagai mengulas mesej tular dalam media sosial yang mendakwa HSAH ditutup selepas 100 petugasnya dijangkiti COVID-19.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu