Social
119

12 pekerja dikompaun langgar SOP

Jempol – Tindakan majikan sebuah syarikat pembinaan menggunakan lori bagi membawa 13 pekerja ke lokasi pembinaan membawa padah apabila 12 daripadanya masing-masing dikompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard ( SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kesemua pekerja asing itu dibawa menggunakan lori bagi menjalankan kerja pemasangan sebuah menara di Kok Foh, Rompin.

Katanya, polis menahan lori yang dipandu lelaki berusia 59 tahun yang juga warga tempatan ketika ia melalui sekatan jalan raya ( SJR) di Kilometer 12 Jalan Rompin-Pasir Besar pada jam 5.30 petang, semalam .

“Terdapat tujuh pekerja asing dari Bangladesh dan enam dari India lingkungan usia 25 hingga 47 tahun di dalam lori berkenaan. Siasatan lanjut mendapati seorang daripada pekerja berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Kompaun dikeluarkan ke atas 12 pekerja terbabit, berikutan tiada penjarakan fizikal bagaimanapun, kesemua pekerja didapati memakai pelitup muka ketika pemeriksaan,” katanya, hari ini.

Chang Hook berkata majikan pekerja berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kompaun akan dikeluarkan.

Katanya majikan berkenaan boleh dikenakan kompaun RM10, 000 kerana tidak menggunakan kenderaan sesuai bagi membawa pekerja sehingga tiada penjarakan fizikal mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu