Social
262

13 individu ditahan kes samun kedai emas

Kuala Lumpur – Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lepas dan berakhir pada awal pagi Ahad.

“Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah serta siasatan awal polis mendapati kesemuanya adalah rakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beh berkata kesemua 13 individu itu kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang, 22 Ogos itu, empat lelaki dipercayai warga tempatan menyamun kedai emas tersebut.

Suspek dipercayai melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang dianggar bernilai RM50,000, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu