Social
273

14 cedera bas ekspres terbalik

Ipoh –  14 individu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, di sini, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kecemasan diterima jam 2.22 pagi tadi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi.

Katanya, insiden membabitkan bas ekspres berkenaan yang terbabas sendiri di bahu jalan ketika dalam perjalanan dari Kulim menghala Kuala Lumpur, tanpa membabitkan kenderaan lain.

“Bomba mengeluarkan kesemua mangsa dari bas berkenaan termasuk menggunakan ‘strectcher’ (katil pengusung) dan memberi rawatan awal sebelum menyerahkan mereka kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita.

Katanya, operasi menyelamat berakhir 4.39 pagi.

Difahamkan kejadian berlaku sewaktu bas berkenaan sedang menuruni kawasan berbukit tidak jauh selepas keluar dari Terowong Menora. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu