Nation
71

14 lagi lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sebanyak 14 lokaliti termasuk tujuh di Terengganu dan masing-masing tiga di Kelantan dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 10 Sept, manakala satu lokaliti di Johor iaitu Kampung Orang Asli Simpang Arang, di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok hingga 9 Sept.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD di Terengganu melibatkan Bandar Paka; Gong Gemia; Cacar Baru; Limbong; Kuala Paka; Taman Indah Permai dan Telaga Mas di Dungun.

“Tiga lokaliti di Kelantan ialah Kampung Gerong, Mukim Sungai Pinang; Kampung Baru Nelayan, Mukim Tumpat dan Kampung Talak, Mukim Jal Besar di Tumpat.

“Lokaliti di Sabah pula adalah Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau dan Kampung Paris 3, Kinabatangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau juga berkata PKPD di Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu di Sabah dan Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd, Mukah di Sarawak yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 10 Sept ini.

Sementara itu, PKPD di lima lokaliti di Sabah dan Kelantan, dua di Pahang serta satu di Kedah iaitu Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Gambaron 2, Telupid; Kilang dan Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn Bhd, Batu 27 dan Perusahaan dan Kuarters Pekerja Kosinar Sdn Bhd, Batu 28, Jalan Sook di Keningau; Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

Beliau berkata lokaliti di Kelantan yang ditamatkan pelaksanaan PKPD esok ialah Kampung Chenerai; Kampung Lubok Kawah; Kampung Pohon Tanjong; Kampung Pak Jak dan Kampung Landar (sebahagian kampung) di Pasir Mas.

Katanya lokaliti di Pahang pula membabitkan Apartment Amber Court dan Tapak Bina Gran lon Deleman, Genting Highlands, Bentong dan Kampung Gadak di Rompin.

Selain itu, PKPD di Tapak Bina Spanish Garden, Kinta di Perak pula ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan pada 30 Ogos, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu