Nation
155

14 lokaliti dikenakan PKPD, 4 di Selangor

Kuala Lumpur – Sebanyak 14 lokaliti iaitu tujuh di Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini sehingga 13 Julai, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor Bernama.

Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Timbagan, Matunggong; Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2 di Kudat; Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung (Tawau); Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur (Keningau); Kampung Pondo, Pulau Gaya (Kota Kinabalu) dan Kampung Linukaan di Kota Marudu.

Di Selangor pula, katanya ia membabitkan CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya (Rawang), Taman Murni, (Sepang), Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi (Bangi) dan CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia (Klang).

Sementara di Sarawak, masing-masing di Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang (Kuching) dan Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1, Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD) di Mukah, manakala di Pahang, Flat Taman Benus Jaya, Bentong.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti di luar serta memudahkan aktiviti saringan kontak, pengasingan bagi kes dan kotak rapat,” katanya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu