Nation
244

14 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sebanyak lima lokaliti di Pahang dan sembilan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Isnin ini hingga 22 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di Pahang, lokasi dikenakan PKPD iaitu FELDA Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau di Maran; Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak di Bentong; Felda Sungai Panching Selatan di Kuantan dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading di Rompin.

“PKPD di Sabah melibatkan empat perumahan di Semarak, Tawau, iaitu Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati.

“Selain itu di Penampang melibatkan lokaliti Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu; Kampung Marau di Sipitang; Kampung Baru Kimanis, Papar serta Kampung Tanjong Kapor di Kudat,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beberapa lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah yang dikenakan PKPD pada 26 Julai lepas, ditamatkan pada 8 Ogos seperti yang dijadualkan.

“Lokaliti tersebut iaitu Medan Klebang Restu, Mukim Chemor, Kinta di Perak; Blok 5, FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin di Pahang; Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang, Kedah.

“Di Sabah, dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias; Kampung Tungkang di Kudat dan Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran dan di Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu turut ditamatkan PKPD pada esok (8 Ogos).

Tambahnya PKPD yang dilaksanakan pada 3 Julai di Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu, Sabah ditamatkan lebih awal mulai esok serta PKPD di Kampung Pituru Kinarut di Papar, Sabah yang dilaksanakan pada 21 Julai lepas juga ditamatkan pada Ahad (8 Ogos), lebih awal daripada yang dijadualkan.

Menyentuh operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam, beliau berkata 112 premis diarah tutup serta-merta ekoran kegagalan mematuhi SOP.

Menurut Hishammuddin, seramai 261 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 21 lagi direman manakala dalam Op Benteng, tiada pendatang tanpa izin ditahan namun tiga kenderaan darat dirampas, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu