Social
292

15 kereta rosak akibat ribut

Teluk Intan – Sebanyak 15 kereta rosak dihempap bumbung tempat letak kenderaan yang roboh akibat ribut di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.20 petang daripada seorang wanita yang juga kakitangan hospital berkenaan.

Katanya, bumbung berkenaan menghempap kereta milik mangsa menyebabkan cermin hadapan keretanya pecah dan hadapan kenderaan kemek.

“Siasatan mendapati parkir berbumbung kenderaan kakitangan HTI dan bumbung pejalan kaki sepanjang kira-kira 30 meter roboh dilanda ribut kencang, ketika hujan lebat.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, HTI sudah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan berkenaan. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu