Social
345

16 ahli Geng Nicky tiba di mahkamah

Petaling Jaya –  Enam belas suspek yang juga anggota Geng Nicky tiba di Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi.

Semua suspek tiba jam 8 pagi dikawal ketat anggota polis untuk dibawa masuk ke dalam lokap mahkamah.

Suasana mahkamah juga dipenuhi pengamal media dan ahli keluarga suspek.

Suspek akan dituduh kerana melakukan jenayah terancang.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Beliau dipetik berkata, antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu