Nation
145

17 kes positif Covid-19, SMK Seremban 2 ditutup

Seremban – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini selepas 17 kes positif Covid-19 dikesan di sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, sekolah terbabit ditutup hari ini sehingga 29 April depan atas arah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“PKD meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menutu sekolah ini dari 23 April hingga 29 April 2021 (tujuh hari) dan ia dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Rafie berkata, seramai 179 individu termasuk pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu telah dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai berikutan terdapat tiga kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, jelas Mohamad Rafie, keadaan adalah terkawal sekolah terbabit tidak ditutup. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu