Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

17 PPS dibuka susulan banjir di Selangor

Shah Alam – Sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dibuka berikutan hujan lebat tanpa henti sejak semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter berkata pada masa sama, sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir.

Perpindahan mangsa banjir melibatkan PPS Masjid Al-Islah/Masjid Al-Ubudiyah; Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong; SK Johan Setia; Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah; SRA Pulau Indah; Balai MPKK Perigi Nanas; Balai MPKK Bukit Naga, SK Sg Bijai dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang.

Selain itu, turut dibuka ialah PPS SK Jalan Kebun; Balairaya MPKK Kampung Lombong; SRA Sg Serdang; Dewan Orang Ramai Tok Muda; SRA Pekan Kapar; SRA Sungai Delek dan Dewan MPKK Sungai Delek.

Terdahulu, Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis memaklumkan lebih 1,000 mangsa banjir di negeri tersebut dipindahkan ke PPS berdekatan, lapor Bernama.

Tags: ,