Nation
65

18 kawasan alami gangguan bekalan air

Kuala Lumpur – Sebanyak 18 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah, hari ini.

Kejadian paip pecah di Plot 2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini menyebakna 13 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada 11.30 pagi untuk melaksanakan kerja pembaikan.

“Antara kawasan terjejas adalah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Pandan Mewah dan Taman Mestika.

“Kerja pembaikian sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan serta meminimakan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas,” katanya.

Menurutnya, status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Sasaran awal kerja siap adalah pada 11.30 pagi esok (10 November).

“Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Sementara itu, di Gombak, lima kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian paip pecah di Jalan Taman Melawati, Taman Melawati.

Air Selangor berkata, pihaknya menutup bekalan air, 8 pagi tadi bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.

“Lima kawasan itu adalah Jalan C, Jalan E, Jalan H, Jalan I Taman Melawati dan Kampung Klang Gate.

“Sasaran awal kerja siap adalah pada 4 petang ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu