Social
249

19 ahli ‘Geng Sakai’ didakwa di bawah Sosma

Kuala Lumpur – Seramai 19 ahli ‘Geng Sakai’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang itu.

Rosli Sahak (yang turut dikenali sebagai Sakai) bersama 18 yang lain berusia di antara 18 dan 47 tahun menyatakan `faham’ selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.

Mereka ialah Mohamad Faisal Mohamad Sharif, A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T.
Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R. Nantha Kumar.

Tertuduh lain, S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan dan G. Sivanamtham.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dalam prosiding tersebut.

Pengakuan hanya akan direkodkan di Mahkamah Tinggi kerana tuduhan melibatkan kes keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA), bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Pertuduhan menyatakan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Sakai’ di Flat Seri Selangor di sini di antara Januari 2015 dan bulan lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Seramai 17 tertuduh diwakili oleh barisan peguam bela terdiri daripada Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, T. Harpal Singh, Jay Moy Wei Jiun, Wan Zaleha Abdul Wahab, P. Taneswaran serta K. Komagan manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu, barisan peguam bela memohon anak-anak guam dibebaskan dengan jaminan walaupun mereka ditahan di bawah SOSMA.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu