Social
353

2 ahli kumpulan Abu Sayyaf mati ditembak

Kota Kinabalu – Pasukan keselamatan menembak mati dua individu disyaki anggota kumpulan pengganas Abu Abu Sayyaf (ASG) dalam kejadian berbalas tembakan di Pulau Timbang, Sandakan awal pagi tadi.

Kedua-dua lelaki tersebut ditembak mati sewaktu pasukan keselamatan menjalankan operasi khas bagi mengesan kumpulan berkenaan sekitar pukul 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bakal mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada pukul 11 pagi nanti.

Beliau berkata, pasukan keselamatan turut merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejayaan pasukan keselamatan ini susulan daripada maklumat operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada 8 Mei lalu.

Operasi mengesan beberapa lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf dilaksanakan pasukan keselamatan hasil daripada maklumat sebelum ini.

Pasukan polis berjaya mengesan dua ahli kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Timbang, Sandakan namun berlaku kejadian berbalas tembakkan yang mengakibatkan dua lelaki terbabit maut ditempat kejadian.

Terdahulu, seramai lapan individu termasuklah dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada 8 Mei lalu.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu