Social
560

2 anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan

Sungai Petani – Dua anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000, di sebuah syarikat logistik di Alor Setar pada 23 Jun lepas, dibebaskan semalam, lapor Bernama.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua anggota berpangkat koperal itu yang sebelum ini antara 10 yang ditahan berkaitan kes itu, dibebaskan atas arahan mahkamah.

“Mereka dibebaskan atas arahan mahkamah, manakala 92 peratus wang yang dilarikan ditemui dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan sebelum ini.

“Kita masih menyiasat mengenai baki wang yang belum ditemui, dan lapan individu lain yang masih ditahan. Lapan suspek itu ditahan reman sehingga 1 Julai ini dan kemungkinan akan disambung untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pematuhan prosedur operasi standard di beberapa buah kilang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada 23 Jun lalu, sekumpulan penjenayah memecah masuk premis pejabat syarikat itu dan melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000.

Susulan itu, polis telah menahan 10 suspek berusia antara 20-an hingga 50-an, termasuk tiga anggota polis iaitu seorang sarjan dan dua koperal dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Alor Setar dan menemui semula sebahagian besar wang.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu