Social
302

2 bilik wad di Hospital Pantai terbakar

Shah Alam – Dua bilik wad di Hospital Pantai, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, dekat sini mengalami kebakaran malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang menerima laporan pada jam 11.38 malam dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

Beliau berkata proses pemadaman api di dua bilik wad yang kosong tersebut mengambil masa selama 30 minit.

Norazam berkata kebakaran melibatkan bilik Wad No A60 dan A61 keluasan 1.86 X 1.86 meter persegi.

“Jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 30 orang melibatkan 12 orang perempuan, 16 lelaki, dua perempuan iaitu penjaga pesakit kanak-kanak serta 20 kakitangan hospital yang terlibat namun tidak ada mangsa yang tercedera.

“Proses pemadaman api di dua wad tersebut menjadi mudah kerana wad kosong jadi kami hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memadam api di wad berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu