Social
230

2 daripada 4 banduan melarikan diri berjaya ditahan

Kuching – Polis berjaya menangkap dua daripada empat banduan transit yang melarikan diri daripada Penjara Puncak Borneo, Padawan, pada Khamis, lapor Harian Metro.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tangkapan dibuat pada 11 malam, kira-kira lima jam selepas mereka hilang.

Katanya, usaha mengesan dua lagi banduan sedang giat dilakukan.

“Empat banduan itu melarikan diri kira-kira jam 6 petang tadi (Khamis) dan dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan di sekitar Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang terletak berhampiran penjara,” katanya.

Aidi berkata, pencarian dilakukan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Op Tutup juga telah dilancar di semua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah sebaik maklumat diterima berhubung kes ini,” katanya.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu