Social
269

2 ditahan kes penemuan bayi di perhentian bas

Seremban – Polis menahan seorang lelaki dan wanita di Garden Avenue Seremban 2, di sini, untuk membantu siasatan, kes bayi ditinggalkan di perhentian bas depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sendayan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pasangan terbabit ditahan pada jam 7.30 petang semalam.

“Berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperolehi, polis menahan seorang perempuan dan lelaki Melayu berumur 26 dan 23 tahun, disyaki kekasih di Garden Avenue Seremban 2 untuk membantu siasatan.

“Mereka akan direman hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, seorang pekerja pembersihan sekolah berkenaan menemui bayi di perhentian bas depan sekolah pada kira-kira jam 11.58 pagi.

Bayi dipercayai berusia dua hari itu dibungkus dengan tuala dan diletakkan di dalam kotak serta berada dalam keadaan sihat.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar Seremban untuk pemeriksaan lanjut. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu