Social
191

2 individu termasuk Datuk Seri direman 6 hari

Shah Alam – Dua individu termasuk ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret dekat sini, hari ini.

Kedua-dua individu berkenaan tiba di mahkamah jam 10.30 pagi untuk proses reman.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan lelaki berusia 44 tahun kira-kira jam 8 malam manakala wanita berusia 41 tahun yang bertindak sebagai ‘runner’ dan ejen pekerja warga asing ditahan pada jam 1 pagi.

Kedua-dua individu berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket judi dalam talian dan Macau scam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu