Social
244

2 kanak-kanak ditemukan lemas di kolam

Mersing – Dua kanak-kanak ditemukan lemas di sebuah bekas lombong di Kampung Sisik, Tanjung Resang di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Wilton Callos, 4, dan rakannya Medical Micaella, 10.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.16 petang sebelum lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya bertindak melakukan pencarian dua kanak-kanak itu di permukaan lombong sebelum kedua-duanya dijumpai oleh bapa kepada salah seorang mangsa pada jarak kira-kira empat kaki dari tebing terbabit.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya diberikan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR) namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan di sini, lewat malam tadi.

Mohd Alias berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik anggota tentera dan operasi ditamatkan pada 7.28 malam, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu