Social
148
0

2 lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati

Kangar – Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja berjumlah 250 kilogram (kg) di Padang Besar dekat sini pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Fazeri Din, 51, dan Sukhon Ewon, 40, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Fazeri dan Sukhon masing-masing bekerja sebagai pemandu lori dan tukang masak.

Mengikut kertas pertuduhan, Sukhron bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa mengedar ganja seberat kira-kira 100 kg di dalam sebuah kereta jenis Proton Persona di Kampung Batu Bertangkup, Mata Ayer, Padang Besar kira-kira pukul 7.10 pagi, 1 Februari lalu

Bagi pertuduhan lain, Sukhron dan Fazeri bersama individu yang masih bebas tersebut dituduh mengedar ganja seberat kira-kira 150 kg di sebuah rumah di Kampung Batu Bertangkup , Mata Ayer, Padang Besar pada pukul 7.50 pagi, hari yang sama.

Pendakwaan bagi setiap pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39(B)(2) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu