Kuala Lumpur Post

Social

2 lelaki cuba masuk Istana Negara bawa parang dalam kereta ditahan

KUALA LUMPUR — Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, dengan sebilah parang di dalam kereta, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang ketika suspek tiba di Pintu 3 Istana Negara dengan menaiki Perodua Kembara.

Katanya, mereka memberitahu anggota polis yang bertugas mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong. Setelah diperiksa, sebilah parang ditemui di dalam kenderaan suspek.

“Susulan pemeriksaan, pihak polis telah menahan orang lelaki warganegara tempatan berumur 29 tahun dan 37 tahun.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kes disiasat dibawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaandan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya1958.