Social
300

2 lelaki diberkas, dadah bernilai RM1.9 juta dirampas

Johor Baharu – Dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM1.9 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar raya ini dan Iskandar Puteri pada 23 Jan lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang hasil maklumat yang diperolehi menerusi Op Tapis.

Beliau berkata suspek berusia 34 tahun ditahan dalam sebuah kenderaan di Kempas bersama syabu seberat 4.06 kilogram (kg) dan 1.1 kg ketamin manakala lelaki berusia 31 tahun itu pula ditahan di sebuah rumah di Nusa Bestari bersama rampasan ketamin seberat 37.5 kg syabu dan 6.1 kg ketamin.

“Dipercayai dua lelaki ini daripada sindiket yang sama dan dipercayai telah aktif mengedar sejak tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai boleh digunakan sebanyak 250,000 penagih dan lima buah kenderaan pelbagai jenis bernilai RM225,000, wang tunai RM1,500 dan barang kemas bernilai RM65,000 turut dirampas dalam serbuan itu.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata hasil ujian saringan air kecing terhadap dua individu itu mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kamarul Zaman berkata kedua-dua individu itu direman selama tujuh hari bermula 24 Jan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut menjelaskan 512 individu di negeri ini termasuk tiga warga asing dari Mynmar dan Indonesia, berusia 20 hingga 50 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah telah ditahan dalam Op Tapis yang dijalankan bermula 21 hingga 23 Jan lepas, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu