Nation
131

2 lokaliti di Pahang dikenakan PKPD mulai Selasa : MKN

Kuala Lumpur – Dua lokaliti di Pahang melibatkan Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin (kampung Orang Asli Pinggiran) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa hingga 11 Okt ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook, hari ini.

Selain itu, Rodzi memaklumkan PKPD di Rancangan Rumah Murah (RRM), Kampung Kolek, Sungai Lembing di Kuantan, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu