Nation
66

2 lokaliti di Sabah, 1 di Kelantan dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Tiga lokaliti, masing-masing dua di Sabah dan satu di Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad ini sehingga 3 Julai depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata lokaliti yang terlibat ialah Grace Villa Condo, Sembulan di Kota Kinabalu dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan di Sabah serta Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, di Pasir Puteh, Kelantan.

Beliau berkata langkah itu dibuat berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan penularan kes COVID-19 di lokasi terlibat berlaku dengan pantas dan kadar kebolehjangkitan juga tinggi.

“PKPD dilaksanakan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut selain membolehkan KKM menjalankan saringan komuniti, mengesan dan mengasingkan kes baharu serta melakukan pengesanan kontak dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, PKPD di Kampung Gusi Kinarut, Papar dan Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat di Sabah dilanjutkan mulai Ahad hingga 3 Julai, berikutan masih terdapat penularan baharu direkodkan dalam kalangan komuniti dan masih banyak sampel ujian saringan belum mendapat keputusan. — Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu