Social
472

2 maut, 3 parah van terbabit kemalangan

Johor Bahru – Dua lelaki maut, manakala lapan cedera dengan tiga daripadanya parah selepas van dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Stulang Laut menghala ke bandar raya, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, van dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu membawa sembilan pengawal keselamatan.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi tadi, seramai 12 anggota dari BBP Larkin bersama sebuah jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah van yang terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Di dalam van itu, terdapat 10 mangsa termasuk pemandu, berusia antara 25 hingga 40-an. Semua penumpang adalah warga Nepal, manakala pemandunya adalah warga tempatan.

“Dua mangsa maut iaitu pemandu dan penumpang hadapan iaitu warga Nepal berusia 30-an.

“Tiga penumpang parah, manakala lima lagi cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Katanya, sehingga kini, operasi masih berjalan. – Harian Metro

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu