Social
333

3 maut kren tumbang hempap kereta

Petaling Jaya – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengesahkan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini, hari ini, dengan jumlah mangsa maut sudah meningkat kepada tiga orang.

Menurut PROLINTAS dalam satu kenyataan, tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pengguna jalan raya pula cedera.

“Insiden difahamkan berlaku apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh. Punca kejadian masih dalam siasatan.

“Susulan kejadian itu, pasukan tindak balas kecemasan SUKE bersama anggota bomba sudah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua pekerja pembinaan disahkan maut, manakala dua lagi parah apabila sebuah kren ‘launcher’ digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai, jatuh dan menghempap sebuah kenderaan.

Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan, kren ‘launcher’ yang jatuh itu menghempap sebuah kereta PERODUA Bezza menyebabkan pemandu seorang warga tempatan parah.

Tiga lagi mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi pekerja terbabit dilaporkan tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya, dan kerja menyelamatkan mangsa sedang dijalankan. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu