Kuala Lumpur Post

Social

2 pekerja warga asing maut tertimbus runtuhan tanah

SHAH ALAM — Dua pekerja warga asing maut tertimbus dalam runtuhan tanah ketika melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan di Seksyen U15 di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.29 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas dan mendapati mangsa warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun.

“Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang dan mangsa pertama dikeluarkan pada 11.12 pagi, manakala mangsa kedua pada jam 11.35 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.