Kuala Lumpur Post

Social

2 penjenayah mati ditembak

BUTTERWORTH — Polis menembak mati dua suspek penjenayah, kedua-duanya lelaki warga tempatan, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, pada jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Terdahulu difahamkan, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang dan IPD Seberang Perai Utara mengesan sebuah kereta Myvi dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Jalan Pokok Sena menghala Jalan Permatang Baru.

Polis kemudian meminta pemandu kereta itu supaya memberhentikan kenderaannya namun suspek enggan dan terus bertindak memecut sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Susulan itu, polis terpaksa membalas tembakan sebelum kedua-dua suspek disahkan maut di lokasi kejadian.